Rabu, 19 Mei 2010

KURSUS SENI KHAT














PENGENALAN
Kursus ini insyaallah boleh membangkitkan semangat mencintai islam melalui penghayatan dan karya-karya tulisan Al Quran /Jawi sebagai warisan bangsa dan budaya islam supaya kekal dari zaman ke zaman untuk kita dan generasi sesudah kita.

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk
mengetahui teknik-teknik penulisan khat secara teori
dan amali.

OBJEKTIF

1. Mendapat pendedahan teknik yang betul tentang
kaedah penulisan khat

2. Boleh menghasilkan karya dan produk khat untuk
pensendirian atau di komesialkan.

3. Mendapat kemahiran dalan seni khat

4. Dapat mendalami jenis-jenis tulisan khat.

5. Pendedahan kepada keusahawan seni khat.

YURAN : RM 120

TEMPOH : 2 KALI (SETIAP AHAD)

Anjuran
Gading Impian Makmur
No 44A Jln Penjaja 3,
(KIM’S Park Business Centre)
83000 Batu Pahat, Johor.


KETERANGAN LANJUT :
TEL: 0126712516 (HJ. JAMAL)
Email:jamalhashim@hotmail.com

Ahad, 9 Mei 2010

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL





SINOPSIS
Fotografi merupakan bidang yang kian mendapat perhatian masyarakat umum samaada sebagai hobi, kerjaya atau untuk membantu membuat kertas kerja, persembahan, penerbitan, broser, projek dll. Teknologi fotografi kini menggunakan digital dan mudah untuk di edit. Oleh kerana harga kamera digital / DSLR tidak mahal, ramai yang mampu memilikkinya dengan pelbagai jenis model dipasaran.

Kursus ini dijalankan untuk membantu peserta untuk merakam foto dengan lebih cantik dan menarik. Dengan foto yang cantik menjadikan broser, kertas kerja, laporan, persembahan akan menarik perhatian pelangan, pelajar atau sesiapa sahaja yang melihatnya.

SASARAN PESERTA
Kusus ini disasarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan terlibat dalam kerja-kerja fotografi bagi tujuan koleksi, persembahan, penerbitan atau ingin menjadikan kerjaya dalam bidang Fotografi.

PENYAMPAIAN
Kursus ini dijalankan secara Tiori & Praktikal dan disampaikan dalam bahasa Malaysia.

KEPERLUAN KURSUS
Peserta dikehendakki membawa sendiri Kamera Digital / DSLR untuk memudahkan proses pembelajaran. Peserta juga digalakkan membawa Laptop untuk memuat turun dan membuat editing Foto.

JANGKAMASA KURSUS
1 Hari (7 jam)

BAYARAN KURSUS
RM 120 termasuk
minum dan makan tengah hari.
Sijil Penyertaan.

TARIKH KURSUS (SETIAP HARI AHAD)
09/05/2010
16/05/2010
23/05/2010
30/05/2010

KANDUNGAN KURSUS
Pengenalan Fotografi
Mengenali Kamera digital / DSLR
Penggunaan ISO
Asas Aperture (DSLR)
Asas Shutter (DSLR)
Penggunaan White balance (DSLR)
Jenis & Sumber cahaya
Praktikal (subjek manusia, bangunan & dll)

Lens Zoom, Focal lengh
Metering (DSLR)
Depth of field (DOF)
Titik Focus / Autofocus
Jenis-jenis shot
Exposer mode (DSLR)
Muat turun Foto dan editing mudah
Aksesori Kamera

KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM TEKNOLOGI KIMPALAN








OBJEKTIF
• Mendedahkan peserta teknik-teknik asas Teknologi kimpalan.

• Mendapat Pengetahuan dalam menggunakan peralatan Teknologi Kimpalan yang
terbaru Seperti Kimpalan TIG dan MIG

• Mendapat Pengetahuan Asas Perniagaaan dalam Teknologi Kimpalan dan Fabrik
Logam

SKOP MODUL
• Pengetahuan Asas dalam Teknologi Kimpalan
• Asas Keselamatan dalam Teknologi Kimpalan
• Asas Perniagaan dan Kaedah Membuka Perniagaan Teknologi Kimpalan
• Amali Kimpalan Dan Fabrik Logam
o Kimpalan Arca
o Kimpalan Gas
o Kimpalan MIG
o Kimpalan TIG
o Projek Kimpalan

SIAPA YANG PATUT HADIR

• Terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam bidang Teknologi Kimpalan dan
Fabrikasi Logam
• Sesiapa yang berminat untuk membuka perniagaan Teknologi Kimpalan

TEMPOH: 4 hari
MASA : 9.00pagi ~ 5.00petang
HARI : Sabtu dan Ahad
TEMPAT : FPTek, UTHM

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Tn Hj Jamaludin Hashim
H/P : O12-6712516
jamalhashim@hotmail.com


Alamat :
GADING IMPIAN
MAKMUR ENTERPRISE
No 44A Jln Penjaja 3,
(KIM’S Park Business Centre) 83000 Batu Pahat Johor.

KURSUS CHARGEMAN AO


SINOPSIS

Industri yang mempunyai bekalan elektrik 100 Ampere atau lebih,perlu khidmat seorang Penjaga Jentera Elektrik Voltan AO (Chargeman AO), sebagaimana menurut peraturan dan Akta Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas (JBEG).Pelatih akan di ajar kerja-kerja pemasangan logi dan mesin elektrik serta mengendali radas hidup.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pendawaian Elektrik Fasa
Tunggal dan Tiga Fasa.

2. Melatih Peserta dengan kerja-kerja pemasangan logi dan mesin, melenggara dan
membaikpulih alat dan mesin elektrik serta mengendali radas hidup.

3. Memberi pendedahan dan pengetahuan untuk menduduki Ujian Pengaja Jentera Elektrik
(AO) anjuran Jabatan Bekalan Elektrik.

KANDUNGAN KURSUS

1. Akta Peraturan Bekalan Elektrik 1994
2. Peraturan Pendawaian Institut Kejuruteraan Elektrik (JBE)
3. Sistem Amaran Pencegah Kebakaran.
4. Alat Pelindung dalam pemasangan voltan rendah
5. Alat Ukur dan Alat Uji
6. Kabel dan Jenis-jenis Kabel
7. Motor dan Alat Kawalan
8. Bateri Kering dan Basah
9. Pemeriksaan Peralatan Pencawang Elektrik
10.Lawatan Ikhtisas Janakuasa Elektrik.(mengikut keperluan)

Yuran Kursus : RM 1,200.00 sahaja

Tempoh Kursus : 10 kali setiap hari Ahad

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Tn Hj Jamaludin Hashim
H/P : O12-6712516
E-mail : jamalhashim@hotmail.com


Alamat :
GADING IMPIAN
MAKMUR ENTERPRISE
No 44A Jln Penjaja 3,
(KIM’S Park Business Centre) 83000 Batu Pahat Johor.

Sabtu, 8 Mei 2010

KURSUS ASAS PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRONIK


PENGENALAN

Kursus ini diadakan untuk mendedahkan pada para peserta tentang sistem pemasangan dan penyelenggaraan peralatan siaraya (Sound System).

Dengan ada pengetahuan ini peserta dapat mengembangkan kerjayanya dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem siaraya cth di masjid-masjid,
majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis yang lain.


OBJEKTIF

1. Pengenalan asas Elektrik dan Elektronik

2. Mengenalpasti Peralatan Siaraya dan Pemasangannya

3. Mengenalpasti Kerosakan dalam sistem siaraya

4. Penyelenggaraan Peralatan Siaraya

5. Penyelenggaraan sistem lampu.

YURAN

Yuran dibayar semasa pendaftaran kepada urusetia :

RM 65.00 sahaja


TARIKH

Bermula 11 April 2010
Setiap Hari Ahad
Penyertaan Terhad
20 orang setiap Sesi

SILA HUBUNGI


Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Tn Hj Jamaludin Hashim
H/P : O12-6712516
jamalhashim@hotmail.com


Alamat :
GADING IMPIAN
MAKMUR ENTERPRISE
No 44A Jln Penjaja 3,
(KIM’S Park Business Centre) 83000 Batu Pahat Johor.


Ahad, 2 Mei 2010

KURSUS ASAS ADOBE PHOTOSHOP (Suntingan Foto Digital)














SINOPSIS
Perisian Adobe Photoshop sangat popular masakini digunakan untuk menyunting photo digital dan kerja grafik. Perisian ini mampu membaikpulih, meninggikan kualiti foto seperti kecerahan, contrast dan warna. Perisian ini juga digunakan untuk mencantumkan banyak foto supaya dapat menarik perhatian umum.

Adobe photoshop juga boleh digunakan untuk merekacipta kad jemputan, broser, phamplet, kad bisnes, banner, poster, kulit majallah, magazine dll. Adobe photoshop sangat diperlukan oleh semua gulongan. Mereka yang mahir dalam bidang ini mampu menjadi pereka grafik kepada jabatan, menjadikan kerjaya separuh masa atau sepenuh masa.

SASARAN PESERTA
Kusus ini disasarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan terlibat dalam kerja-kerja grafik dan suntingan foto digital bagi tujuan koleksi, persembahan, penerbitan atau ingin menjadikan kerjaya separuh masa atau sepenuh masa.

PENYAMPAIAN
Kursus ini dijalankan secara Tiori & Praktikal dan disampaikan dalam bahasa Malaysia.

KEPERLUAN KURSUS
Setiap peserta dikehendakki membawa sendiri Laptop dan Kamera Digital / DSLR (jika ada) untuk merakam gambar dan-kerja kerjapenyuntingan.

JANGKAMASA KURSUS
1 Hari (7 jam)

BAYARAN KURSUS
RM 120 termasuk
Minum/ makan tengah hari.
Sijil Penyertaan.

TARIKH KURSUS
08/05/2010
15/05/2010
22/05/2010
29/05/2010
* pilih satu hari sahaja

KANDUNGAN KURSUS
Teknik & latihan Mengenal menu, tool dan paletteMembaikpulih / ubahsuai gambar / portrait /Sunting / crop / tambah / cantum gambarMembina layer dan corak latar belakang
Filter, klon dan membina titlePengubasuaian imej dan teknik super impose.Meninggikan kualiti cetakan gambar dll.


KETERANGAN LANJUT :
TEL: 0126712516 (HJ. JAMAL)
Email:jamalhashim@hotmail.com
0127565682 (HJ.BAHARUDIN)

Rabu, 28 April 2010

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam al-Quran, salah satu terminologi yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal salih demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

Walaupun perniagaan adalah satu bidang yang sarat dengan risiko dan cabaran sentiasa berhadapan dengan kemungkinan untung dan rugi, namun naluri dan fitrah manusia masih cenderung dan menginginkan keuntungan daripada perniagaan itu. Malah, kalau boleh, jiwa manusia mengidamkan keuntungan berlipat ganda.

Oleh sebab itu, terdapat sebahagian manusia yang sanggup dan tergamak menghalalkan segala macam cara demi meraih keuntungan berlipat ganda. Natijahnya, ada peniaga sengaja memanipulasi situasi kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan keperluan asas sehingga membebankan pengguna.

Tidak kurang juga ada peniaga melakukan penipuan dalam timbangan dan ada pula sanggup memakan riba yang terlarang di samping melakukan amalan rasuah demi kepentingan peribadi dan keuntungan segera.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Perlu diinsafi bahawa keuntungan menurut perspektif al-Quran tidak hanya terbatas dalam perkara yang bersifat material dan duniawi saja, malah ia turut merentasi sempadan kepada perkara bersifat rohaniah dan ukhrawi bernilai abadi.

Pengertian ayat 29 dari surah Faathir menegaskan bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang melakukan transaksi perniagaan dengan tiga amalan utama iaitu membaca dan bertadabbur al-Quran, menyegerakan pelaksanaan solat dan menafkahkan sebahagian harta dimiliki kepada golongan yang memerlukan.

Membaca dan memahami al-Quran adalah satu kewajipan yang sewajarnya dilakukan setiap Muslim pada setiap masa dan ketika. Ini kerana al-Quran adalah kitab panduan hidup serba lengkap, di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran, hukum hakam, peringatan dan juga sebagai kurikulum kehidupan untuk diterjemahkan dalam konteks realiti kehidupan semasa di samping menjawab pelbagai persoalan hidup, baik yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat sosial mahupun negara.

Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)

Solat pula adalah tiang seri agama Islam. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah menegakkan agama Islam. Sehubungan itu, Islam amat menganjurkan umatnya supaya menyegerakan pelaksanaan solat apabila masuk waktunya.

Hal ini kerana menyegerakan solat yang disertai pula dengan kekhusyukan yang mendalam akan melahirkan ketenangan jiwa dan juga kekuatan jiwa yang berupaya menepis pelbagai macam godaan dan cabaran hidup.

Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.

Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.

Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan hidup kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Nisa’, ayat 5)

Demikianlah konsep perniagaan yang tidak pernah kerugian menurut perspektif al-Quran dengan melaksanakan prinsip perniagaan mengikut syarak demi meraih keuntungan duniawi dan juga menjejaki keredaan Ilahi di akhirat nanti.